Saturday, July 13, 2024
HomeBERITATan Sri Dr Jemilah Mahmood dilantik Penasihat Khas Kesihatan Awam Perdana Menteri

Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dilantik Penasihat Khas Kesihatan Awam Perdana Menteri

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Tan Sri Dr Jemilah Mahmood sebagai Penasihat Khas Kesihatan Awam.

Memetik kenyataan media, beliau berkata Tan Sri Dr Jemilah bertanggungjawab dan ditugaskan untuk menasihati mengenai dasar dan inisiatif berkaitan bidang kesihatan.

Menurutnya, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dilantik berdasarkan pengalaman luas dalam bidang perubatan dan terlibat secara langsung dalam kerja-kerja kemanusiaan di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Tan Sri Dr Jemilah Mahmood sebelum ini merupakan Presiden Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) dan Setiausaha Bahagian Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dan pada 2019, beliau telah dipilih sebagai pemenang ASEAN Prize 2019.

Pelantikan YBhg Tan Sri Dr Jemilah Mahmood sebagai Penasihat Khas kepada YAB Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Selasa, 31 Maret 2020

“ASEAN Prize 2019 merupakan satu anugerah berprestij rantau ASEAN bagi mengiktiraf pencapaian individu atau organisasi dalam memupuk identiti dan semangat serantau ke arah pembangunan Komuniti ASEAN menjelang 2025,” ujar beliau

Untuk rekod Tan Sri Dr Jemilah berkelulusan ljazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM).

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments