Thursday, May 23, 2024
HomeBERITATampil hijab penuh, sut polos sedondon putih, gaya Neelofa di Milan dipuji...

Tampil hijab penuh, sut polos sedondon putih, gaya Neelofa di Milan dipuji netizen

Gaya fesyen dan penggayaan busana pelakon dan pengacara Neelofa seringkali menjadi perhatian ramai tidak kiralah ketika dia mengacarakan program televisyen, mahupun menghadiri majlis-majlis glamour.

Selebriti yang juga usahawan tudung jenama Naelofar, seringkali tampil dengan gaya fesyennya yang ‘versatile’. Tidak hairanlah jika dia dinobatkan sebagai ikon fesyen di kalangan hijabista.

Neelofa kerap diundang oleh jenama gah fesyen antarabangsa untuk hadir ke pertunjukan fesyen di luar negara.

Tidak lepas dari kritikan pedas netizen, namun penampilan selebriti terkenal ketika menghadiri pertunjukkan fesyen MaxMara di Milan, Italy dipuji ramai.

Menurutnya, ini adalah kali pertama beliau mengenakan fesyen hijab penuh ketika menghadiri Milan Fashion Week dan dia sangat berbangga dengan stail hijab penuh berserta sut polos sedondon putih yang digayakan di kota fesyen terkenal dunia berkenaan.

Menerusi laman Instagram milik selebriti yang berasal dari Kelantan, Neelofa berkongsi gambar ‘ootd’ nya ketika menghadiri Milan Fashion Week, Itali baru-baru ini.

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments