Wednesday, May 22, 2024
HomeBERITATak rugi pun beri sarapan percuma

Tak rugi pun beri sarapan percuma

Luahan pembaca berikut diterbitkan oleh Utusan Online.

Kami di The Malaya Post berpandangan, jika ia benar, ia wajar dipandang serious oleh pihak berwajib.

Ini kerana laporan di media sosial baru-baru ini mendakwa wujud kes, si ibu sanggup menghantar anaknya ke sekolah setiap minggu tanpa menghiraukan jadual giliran yang ditetapkan untuk murid-murid hanya kerana ingin pastikan anak mereka dapat makan.

Berikut laporannya.

Kerajaan memutuskan tidak meneruskan Program Sarapan Percuma (PSP) bagi semua murid tanpa mengira pendapatan keluarga di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Dalam laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada 2018, didapati Malaysia sedang menghadapi masalah kekurangan makanan seimbang dalam kalangan kanak-kanak.

Malaysia adalah antara negara paling teruk mengalami isu ini dibandingkan dengan negara-negara ASEAN lain.

Isu ini boleh dikait rapat dengan sosioekonomi rakyat di mana hanya golongan berada mempunyai akses kepada makanan berkhasiat (yang juga mahal) dan golongan marhaen makan berdasarkan apa yang diperoleh mengikut kapasiti kewangan.

Laporan UNICEF ini nampaknya tidak diambil berat oleh mana-mana blok politik.

Walaupun gembira dengan PSP yang pernah diperkenalkan sebelum ini, kita kecewa dengan kadar peningkatan gaji minimum yang rendah.

Ini secara langsung memberi impak kepada rakyat untuk mendapatkan makanan berkhasiat.

Seorang ahli parlimen sebelum ini pernah mendedahkan, berdasarkan kajian, hampir 70 peratus murid termasuk daripada keluarga kaya dan berpendapatan sederhana tidak mengambil sarapan pagi pada hari persekolahan.

Ini juga bermaksud Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang disasarkan kepada pelajar keluarga berpendapatan rendah (B40) tidak memadai.

Setiap murid harus diberi sarapan berkhasiat secara percuma tanpa mengira pendapatan keluarga supaya tidak tersemai budaya perpecahan dan perasaan kecil hati antara murid di sekolah sejak usia muda.

Hubungan silaturahim antara murid dari pelbagai latar belakang keluarga harus dipupuk melalui program ini, bukan sebaliknya.

Apabila kerajaan hari ini dapat menukar kereta rasmi dan melantik beberapa orang ahli politik dengan kerusi timbalan menteri dan posisi bertaraf menteri, tidak boleh kita ada justi­fikasi dari sudut kewangan untuk tidak melaksanakan PSP kepada anak-anak kita.

GANDIPAN NANTHA GOPALAN, Kuala Lumpur.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments