Saturday, July 27, 2024
HomeBERITATak perlu candle light dinner sambut anniversary, bagi jambangan ‘wang’ sudah memadai!...

Tak perlu candle light dinner sambut anniversary, bagi jambangan ‘wang’ sudah memadai! Pasti isteri senyum sampai ke telinga!

Setiap orang ada cara tersendiri menzahirkan penghargaan kepada pasangan masing-masing terutamanya pada tarikh istimewa seperti ulang tahun perkahwinan.

Ada yang meluahkan melalui kata-kata dan ucapan istimewa dan ada pula suka membawa pasangan makan malam dalam suasana yang cukup romantik.

Ramai juga memilih untuk pergi bercuti bersama keluarga.

Namun, tidak semua berkesempatan untuk melakukannya kerana kekangan masa dan terutama dalam tempoh PKPP, ramai yang mementingkan kesihatan diri dan keluarga.

Jadi, jika masih ada yang belum pasti atau masih mencari idea untuk menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat pasangan anda, apa kata berikan saja wang tunai kepada isteri anda!

Untuk lebih kreatif, dekorasi wang dalam bentuk ‘jambangan bunga’ atau ‘rimbunan pohon’.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook, ada ditunjukkan idea dekorasi wang tunai.

Wah! Meriah! Kalau sesiapa yang menerima hadiah begini, pasti senyum sampai ke telinga!

Yang pastinya, sudah tentu makin bertambah sayang kepada pasangan!????

Ha! Bolehlah berkongsi gambar ini pada pasangan masing-masing ya!????

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Next time para isteri semua.. suami nak hadiah yg mcm ni.. X yah candle light dinner bagai

Posted by Mohd Azwan on Monday, 29 June 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments