Semak tahap kebersihan span mencuci pinggan sebelum digunakan untuk mencuci perkakasan dapur.
Awas, bakteria pada span mencuci pinggan mungkin punca kepada penyakit cirit birit.
Tahukah anda span mencuci pinggan yang digunakan setiap hari boleh menyumbang kepada sakit perut atau keracunan makanan kerana terdapat pelbagai jenis kuman melekat pada span dapur di rumah anda.
Anda dan keluarga berisiko untuk mendapatkan cirit birit jika tidak bernasib baik.
Bagi mengelakkan bakteria berkumpul, span perlu ditukar setiap minggu atau apbila ia sudah berbau busuk.
Selain itu, tidak digalakkan juga merendam span di dalam bekas cecair pembersih selepas digunakan kerana ianya boleh menyebabkan kuman atau bakteria semakin membiak.
Seterusnya, cara mudah yang boleh dipraktikkan ialah dengan merendam span di dalam air panas atau air anti kuman lebih kurang lima minit.
Anda gunakan span untuk bersihkan pinggan, mangkuk, cawan, botol susu baby, periuk, sudu garfu, dan bermacam-macam lagi…
Posted by Public Health Malaysia on Monday, 15 June 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply