Thursday, July 18, 2024
HomeBERITATahniah! Azrinaz selamat lahir anak perempuan

Tahniah! Azrinaz selamat lahir anak perempuan

Setelah lebih setahun usia perkahwinan kedua bekas Wartawan Penyiaran di Sistem Televisyen Malaysia Berhad TV3, Azrinaz Mazhar Hakim bersama teman lamanya, Fairos Khan Abdul Hamid, selebriti penyiaran ini telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.75kg di Pusat Perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur pada 15 September 2019 jam 10.20 pagi.

Melalui laman Instagramnya, Azrinaz mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan yang diberikan oleh keluarga serta rakan-rakan terdekat.

“Kehadiran anak perempuan kami menjadikan kehidupan kami lengkap”, ujarnya.

Rakan rakan selebriti juga tidak melepaskan peluang meninggalkan komen ‘tahniah dan syukur’ di atas perkhabaran gembira berkenaan pada laman Instagramnya.

Azrinaz telah dikurniakan dua orang anak lelaki, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 13 tahun dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 11 tahun hasil perkahwinan terdahulunya bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments