Thursday, November 19, 2026
HomeBERITATabika Perpaduan dibuka semula esok

Tabika Perpaduan dibuka semula esok

Kementerian Perpaduan Negara akan membuka semula Tabika Perpaduan secara bersemuka di seluruh negara bermula esok (1 Mac) selari dengan pengumuman Kementerian Pendidikan pada 19 Februari lalu.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata pihaknya juga akan memastikan pengoperasian ini tertakluk kepada pematuhan yang ketat Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah, Garis Panduan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Garis Panduan Majlis Keselamatan Negara.

Beliau turut mengingatkan semua guru agar sentiasa memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri, memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

“Ibu bapa dan penjaga yang menghantar anak-anak mereka ke Tabika Perpaduan juga perlu mematuhi protokol kesihatan dan SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM serta arahan Kerajaan Negeri yang berkaitan sepanjang tempoh pengoperasian ini,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments