Friday, July 19, 2024
HomeBERITASyed Saddiq minta sekutu Anwar Ibrahim henti desak Tun Dr. Mahathir meletak...

Syed Saddiq minta sekutu Anwar Ibrahim henti desak Tun Dr. Mahathir meletak jawatan

Ketua Armada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa penyokong kuat atau mereka yang dianggap sebagai sekutu Dato’ Seri Anwar Ibrahim agar berhenti mendesak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkenaan perjanjian peralihan kuasa kepada Presiden PKR berkenaan.

“Tidak sampai dua hingga tiga tahun Tun M memegang jawatan sebagai perdana menteri, mereka sudah mendesak YAB Tun M meletakkan jawatan.

“Bagaimana YAB Tun M ingin mentadbir negara jika setiap hari didesak, ditekan dan diserang oleh mereka yang dianggap sebagai sekutu Dato’ Seri Anwar?” soalnya.

Menteri Belia dan Sukan turut menyatakan, walaupun didesak dari pelbagai sudut, Tun Dr. Mahathir tetap menegaskan komitmen pada muafakat Pakatan Harapan (PH) untuk membuat peralihan jawatan kepada Anwar sebagai pengganti.

“Tidak pernah sekali pun Tun (Mahathir) mengingkari janjinya.”

“Setiap kali ditanya berkenaan transisi, Tun sentiasa menjawab dengan tegas bahawa beliau akan melepaskan jawatan kepada Anwar, tulis Syed Saddiq yang meluahkan kekecewaan di laman Facebook miliknya.

Syed Saddiq turut menyenaraikan nama-nama pemimpin kerajaan yang mempersoalkan kedudukan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Beliau secara khusus juga menyenaraikan nama-nama pemimpin PKR yang menjadi sekutu kuat Anwar dan DAP, antaranya Ramkarpal Singh, P Ramasamy, Johari Abdul, Ronnie Liu, Abdullah Sani, Akmal Nasir, Rafizi Ramli, Syukri Razab dan Syed Husin Syed Ali.

Mengakhiri perkongsiannya itu, beliau menulis, “Get your house in-order! (Selesaikan hal sendiri dahulu!)”

Stop demanding for our democratically elected Prime Minister to step down and please respect PH’s consensus! (Berhenti menuntut Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik untuk meletak jawatan dan sila menghormati persetujuan PH!)

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments