Friday, July 26, 2024
HomeBERITASyarikat Thailand labur RM140 juta untuk pengeluaran komponen kenderaan Proton

Syarikat Thailand labur RM140 juta untuk pengeluaran komponen kenderaan Proton

SUBANG JAYA, 3 Julai- Pengeluar kereta nasional, PROTON bekerjasama dengan syarikat alat ganti kenderaan terbesar Thailand, AAPICO Hitech Public Company limited, AAPICO, menerusi anak syarikatnya, Advance Vehicle Engineering Global Sdn Bhd, AVEE Global.

AAPICO melabur sebanyak RM140 juta untuk pengeluaran komponen kenderaan bersama Proton.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pelaburan berkenaan selaras dengan usaha kerajaan untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan, meningkatkan daya saing dan mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

“Ini adalah satu petanda yang positif daripada segi automotif sektor yang banyak menyumbang kepada KDNK dan pelaburan negara.

“Saya berharap supaya momentum ini diteruskan dan kita dpt melihat bagaimana industri automotif ini akan terus berkembang terutamanya dalam teknologi yang baru, dalam kenderaan cekap tenaga (e-ev) dan juga kenderaan elektrik (ev),”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Perjanjian usahasama antara Proton dan Aapico, di Subang Jaya, Selangor.–THE MALAYA POST

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments