Saturday, November 21, 2026
HomeBERITASuntik ‘filler’ pada wajah, Fathia Latiff pertahan haknya

Suntik ‘filler’ pada wajah, Fathia Latiff pertahan haknya

“Itu hak saya.”

Demikian luah pelakon dan usahawan, Fathia Latiff terhadap kritikan warganet apabila dia melakukan dan memuat naik video seterusnya mempromosi kaedah rawatan aestetik ‘filler’ di bahagian rahang dalam media sosial.

“Mungkin ada yang tidak suka dan sebaliknya. Saya tidak kisah. Kalau yang suka, saya gembira kerana saya seperti motivasikan mereka untuk tampil lebih cantik.

Bagi yang tidak suka, saya tak boleh nak buat apa,” selarnya sambil menyifatkan dia mempunyai pilihan untuk melakukan apa sahaja selagi ia tidak memberi kemudaratan kepada dirinya.

“Saya sering muncul di kaca televisyen dan sosial media, jadi kenalah tampak cantik. Ini adalah sebahagian daripada kerja saya yang perlu tampil lebih berbanding orang lain,” katanya.

“Ia tidaklah ketara perubahan yang dilakukan. Bila buat rawatan dan amalkan jamu, ia lebih berganda.

Bercakap tentang jamu, terkini, pelakon drama Ariana Rose berusia 34 tahun itu telah melancarkan kiosk pertama Jamu Dara Cantik by Fathia Latiff di Setapak Sentral, Jumaat lalu.

Menurut Fathia, idea tentang jamu ini tercetus setelah sering melakukan promosi produk termasuk jamu menerusi platform media sosial miliknya.

“Sebelum ini saya sering lakukan reviu dan daripada situlah saya mulai kumpul kekuatan dan keyakinan untuk buka sendiri kiosk jamu untuk dijual kepada peminat.

“Memang tidak dinafikan daripada segi ‘branding’, nama saya lebih kuat di media sosial. Bagaimanapun, saya lebih senang menjualnya secara fizikal.

“Proses untuk bukanya tidaklah ambil masa yang lama iaitu lebih kurang sebulan sahaja. Alhamdulillah pembukaannya dipermudahkan.

“Saya bertuah kerana ada rakan kongsi, Anis yang banyak berikan sokongan. Dia juga ada kiosk kecantikan sendiri dan kami sudah pun kenal lama. Malah ketika aktif berlakon sebelum ini, saya selalu juga beli jamu darinya.

“Target saya untuk buka lebih banyak kiosk seperti ini, khasnya di pusat membeli-belah di kawasan bandar.”

Untuk rekod, kawan baik kepada pelakon dan usahawan Zarina Anjoulie atau lebih dikenali sebagai Anju itu turut mengeluarkan produk sendiri iaitu minyak wangi dan biskut selain berhasrat untuk kembali aktif dalam dunia lakonan selepas ini.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments