Sunday, October 20, 2024
HomeBERITASumpah dinobat juara Anugerah Juara Lagu ke-34

Sumpah dinobat juara Anugerah Juara Lagu ke-34

Lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel dinobat sebagai pemenang di Anugerah Juara Lagu ke-34 yang berlangsung meriah di Stadium Axiata Arena , Bukit Jalil.

Lagu ciptaan Naim Daniel bersama komposer Omar K dan lirik oleh Naim Daniel sendiri berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000, voucher McDonald bernilai RM10 ribu beserta trofi kemenangan.

Pada ucapan pemenang, Naim Daniel dengan penuh emosi menzahirkan rasa syukur dengan kata,  ‘Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar’.

Naim turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan terhadap karier dan lagu berkenaan.

Naib juara menjadi milik lagu Bangun nyanyian penyanyi hip-hop yang sedang meningkat naik, Aman RA.

Lagu Bangun hasil ciptaan Navigator, manakala lirik ditulis oleh Aman RA.

Aman RA dan Navigator membawa pulang wang tunai RM35,000, voucher McDonald bernilai RM5 ribu dan trofi kemenangan.

Tempat ketiga pula berpihak kepada lagu Anta Pamana nyanyian Bob Yusof, komposer dan lirik oleh Hael Hussain dan Ezra Kong.

Mereka menerima wang tunai RM20,000, voucher McDonald bernilai RM3 ribu dan trofi kemenangan.

Manakala persembahan terbaik dimiliki oleh Hafiz Suip menerusi lagi Kisah Cinta Kita.

Hafiz menerima wang tunai RM12000 dan trofi kemenangan.

Vokal terbaik masih berpihak kepada Hafiz Suip dan menerima wang tunai pulang iaitu RM12,000 beserta trofi kemenangan.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments