Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITASultan Johor beri amaran kepada wakil rakyat yang ‘gila kuasa’

Sultan Johor beri amaran kepada wakil rakyat yang ‘gila kuasa’

Melihat senario dan pendirian ‘flip-flop’ di kalangan Yang Berhormat, menimbulkan rasa kurang senang rakyat dengan perkembangan semasa politik negara kebelakangan ini.

Pada ketika rakyat diseru supaya mula membiasakan diri dengan norma baharu di dalam kehidupan seharian berserta kesan buruk pelbagai sudut dek serangan virus pandemik ini, timbul pula peralihan kuasa sedang rancak dirancang oleh parti lawan.

Hari ini Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj mengeluarkan kenyataan tegas memberi amaran kepada pemimpin yang digelar baginda sebagai ‘gila kuasa’ di laman rasmi Facebook milik baginda.

“Saya berasa amat kecewa dengan kemelut politik yang masih berlaku di negeri ini, apabila ada pemimpin yang gila kuasa dan terus merebut jawatan demi  kepentingan diri mereka.

“Dalam keadaan rakyat yang sedang susah sekarang, mereka langsung tidak peduli dan sanggup menambah lagi derita rakyat.

“Saya tidak boleh tengok rakyat saya menderita, dan tidak akan biarkan negeri saya dikucar-kacirkan,” titah baginda Sultan Johor

Baginda Sultan juga secara jelas menyatakan janji akan terus membela nasib rakyat dan negeri Johor.

“Saya telah bersumpah untuk menjaga dan membela nasib rakyat dan negeri saya pada setiap masa.

“Jika berlaku lagi perebutan kuasa di kalangan wakil rakyat, saya akan bubarkan Dewan Negeri Johor serta merta.

“Saya akan berikan peluang kepada rakyat negeri Johor untuk memilih wakil mereka yang baharu, dan saya harap kali ini pilihlah pemimpin yang betul-betul ingin berkhidmat untuk rakyat dan negeri, bukan untuk parti atau diri sendiri,” titah baginda.

Turut dikongsi baginda, Hadis Rasulullah SAW yang bersabda :

Rasulullah ditanya tentang mereka yang meminta untuk memegang kepimpinan lalu Rasulullah bersabda:

“Kami tidak memberikan kepimpinan kepada mereka yang memintanya, dan bukan pada mereka yang tergila-gilakan jawatan kepimpinan.”

(Sahih al-Bukhari, no: 7149)

Haaa… Baginda Sultan Johor sudah menyatakan amaran dengan bahasa yang cukup mudah difahami semua. Masih ada yang berani mahu merancang menukar kepimpinan negeri?

Politik diciptakan dan diterjemahkan berdasarkan falsafah dan tujuan menyediakan kebahagiaan serta kesejahteraan untuk manusia.

Janganlah meletakkan diri sebagai ‘haiwan’ politik yang tidak jemu berpolitik tidak kira waktu dan kurang sensitif pada sesuatu keadaan yang dilalui ramai.

AMARAN BUAT WAKIL RAKYAT DARIPADA DYMM SULTAN JOHORSaya berasa amat kecewa dengan kemelut politik yang masih berlaku…

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Tuesday, 2 June 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments