Masih ingat pada pasangan suami isteri, M Sugu dan S Pavithra yang pernah menjadi perhatian ramai dek kerana video masakan bersahaja yang di kongsi pasangan ini?
Selepas menyepi hampir enam bulan, pasangan ini kembali menemui peminat menerusi video masakan terbaharu di platform YouTube pada minggu lalu.
Tetap kekal dengan pertuturan bahasa kebangsaan, Pavithra dilihat gembira menyediakan masakan bersama ahli keluarganya yang sedikit berbeza konsep masakan yang di kongsinya.
Terdapat rakaman video masakan ketika mereka sekeluarga berkelah di tepi sungai yang turut menampilkan Sugu menunjukkan kemahiran menangkap ikan menggunakan jala.
Konsep santai yang ditunjukkan keluarga ini pastinya menarik lebih ramai pengikut baharu di saluran Sugu Pavithra yang kini sudah mencecah lebih 800,000 pengikut.
Malah, netizen turut gembira dengan perkembangan terbaharu pasangan suami isteri yang kembali aktif berkongsi resipi masakan.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply