Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITASuami isteri yang tinggal berjauhan boleh mohon permit rentas negeri

Suami isteri yang tinggal berjauhan boleh mohon permit rentas negeri

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan perutusan khas sebentar tadi memaklumkan pasangan suami isteri yang tinggal di negeri berasingan kerana faktor kerja akan diberi kelonggaran untuk membuat perjalanan rentas negeri bertujuan berjumpa dengan keluarga.

Bagi perjalanan yang melibatkan perjalanan rentas negeri bagi Sabah dan Sarawak, beliau turut berharap kerajaan Sabah dan Sarawak juga memberikan kelonggaran yang sama.

Permohonan boleh dibuat menerusi aplikasi Gerak Malaysia atau datang sendiri ke balai polis terdekat.

Manakala aktiviti ziarah-menziarahi hanya dibenarkan di kalangan jiran terdekat dan juga keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang dalam satu-satu masa ketika hari perayaan.

Namun orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat jamuan besar atau rumah terbuka bagi menjaga tahap ‘sosial distancing’ antara tetamu.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments