Saturday, June 15, 2024
HomeBERITA#stayAtHome , PKP fasa ketiga bermula esok

#stayAtHome , PKP fasa ketiga bermula esok

Fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah bermula 1 April lepas berakhir hari ini dan esok arahan itu diteruskan dengan fasa ketiga sehingga 28 April.

Sepanjang PKP dikuatkuasakan, sasaran utama masih kekal iaitu untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 dalam negara.

Memetik kata-kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu pengumuman perlanjutan PKP pada Jumaat lepas, beliau mengajak rakyat agar terus sama-sama memerangi penularan COVID-19 kerana wabak ini masih belum berakhir sepenuhnya.

Sekiranya rakyat berjaya mengharungi dugaan ini, penularan wabak dapat dikawal dengan izin Allah SWT.

Hampir sebulan PKP dilaksanakan tahap pematuhan rakyat setakat ini adalah 97 peratus.

Namun setiap hari masih ada individu yang ditahan dan dikenakan kompaun kerana ingkar arahan PKP.

PKP FASA 3 BERMULA ESOK 15 APRIL – 28 APRIL 2020Teruskan duduk di rumah dan patuhi PKP bagi membendung penularan wabak…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Senin, 13 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments