Wednesday, June 12, 2024
HomeBERITAStatus seseorang tidak menjamin mereka terselamat dari COVID-19

Status seseorang tidak menjamin mereka terselamat dari COVID-19

Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media harian COVID-19 (Non Health) mengulas isu viral melalui perkongsian seorang petugas “frontliner” berkaitan kerenah “golongan dari kayangan”.

Menurut beliau, COVID-19 tidak kenal sesiapa pun tidak mengira pangkat atau darjat.

“COVID-19 tidak kenal sesiapa pun, sama ada dari kayangan ataupun daripada bumi, mereka tidak kenal siapa dan tidak ada sesiapa yang boleh dibezakan oleh COVID-19 ini, walaupun kaya raya sekalipun tidak akan terkecuali daripada dijangkiti oleh COVID-19.

“Walau bagaimanapun dari segi undang-undang saya percaya mungkin ada iaitu yang menghalang penjawat awam untuk menjalankan tugas masing-masing”, ujar beliau.

Tambahnya lagi beliau percaya mungkin tindakan undang-undang boleh diguna pakai dan beliau berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama kepada petugas “frontliners” terutamanya doktor, jururawat dan sebagainya yang terlibat.

COVID-19 tidak mengenal sesiapa, walau dari kayangan atau dari bumi. Walau kaya raya pun, tidak akan terkecuali daripada…

Dikirim oleh Ismail Sabri Yaakob pada Jumat, 10 April 2020

Tambahnya, kedudukan seseorang yang tinggi tidak menjamin mereka terselamat daripada COVID-19.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments