Tuesday, June 18, 2024
HomeBERITAStatus Instagram KJ cetus tanda tanya

Status Instagram KJ cetus tanda tanya

Perkongsian gambar Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin bersama timbalan portfolio yang sama di IG Story miliknya mengundang pertanyaan ramai apabila beliau menulis status berbunyi, “selesaikam tugasan MOSTI bersama Timbalan Menteri @hajiamzad sekiranya penghuni baharu mengambil alih. Kerajaan datang dan pergi. Pentadbiran negara mesti diteruskan. All the best”, kongsi beliau.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkongsi gambar dan caption terbabit kira-kira satu jam yang lalu.

Hari ini dilaporkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada jam 10 pagi.

Ini berikutan Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen dan sedia membentuk kerajaan baharu.

Difahamkan, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipanggil menghadap baginda pada jam 2.00 petang ini.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments