Status Adun Dengkil , Adhif Syan Abdullah yang dilaporkan positif dadah dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Puchong masih belum diketahui.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Mohd Khalil Kader, ditanya mengenai status Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah yang merupakan antara individu yang ditangkap dalam kes itu memberitahu polis masih menunggu ujian patologi berhubung sampel air kencing yang diperoleh dari tangkapan kes dadah di sebuah kondominium di Puchong.
“Kami masih menunggu laporan.
“Siasatan masih dijalankan. Kami masih menunggu laporan patologis. Kami akan mengambil tindakan sewajarnya selepas menerima laporan itu,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Adhif Syan Abdullah dan empat pegawai khas ahli politik, antara 17 individu ditahan polis dalam satu operasi pada 12 Januari yang lalu.
Kesemua mereka ditahan pada jam 4.45 pagi di sebuah kondominium di Jalan Puchong.
Siasatan mendapati daripada 17 individu berkenaan, hanya seorang negatif dalam ujian dadah.
Adhif Syan yang telah digantung jawatan Ketua Pemuda Bersatu Selangor menafikan sebarang kesalahan dan mendakwa bahawa dia berada di kondominum terbabit kerana perbincangan kerja dan memberitahu berada ditempat yang salah pada masa yang salah.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
Leave a Reply