Saturday, June 22, 2024
HomeBERITASolat berjemaah, Jumaat dibenarkan di semua masjid dan surau terpilih

Solat berjemaah, Jumaat dibenarkan di semua masjid dan surau terpilih

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu sidang media berkata, beliau telah menghadap Yang di-Pertuan Agong bertujuan mengangkat sembah cadangan pelaksanaan solat Jumaat dan solat jemaah bersyarat di masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan.

Menurut beliau, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan cadangan berkenaan dan ahli mesyuarat juga bersetuju menerima titah supaya semua masjid, surau Jumaat dan surau-surau terpilih di Wilayah Persekutuan boleh lakukan solat Jumaat, solat berjemaah, solat tarawih dan solat Hari Raya Aidilfitri.

Ahli mesyuarat juga telah memutuskan bahawa bilangan jemaah bagi solat Jumaat dan lain-lain solat berjemaah tidak kurang daripada tiga orang tidak termasuk imam dan tidak boleh melebihi daripada 30 orang.

Siaran Langsung Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Dikirim oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri pada Kamis, 14 Mei 2020

Keputusan berkenaan selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pertemuan dengan Senator Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 12 Mei lalu.

Pihak masjid, surau Jumaat dan surau-surau terpilih perlu memastikan adanya kawalan daripada pihak berkuasa seperti polis dan pihak berkuasa agama negeri untuk mengawal keadaan

Beliau juga telah berhubung dengan Ketua Polis Negara berhubung perkara berkenaan dan beliau telah bersetuju memberikan kerjasama penuh untuk membuat kawalan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments