Wednesday, May 29, 2024
HomeBERITAArab Saudi mengalami cuaca sejuk dan salji

Arab Saudi mengalami cuaca sejuk dan salji

Padang pasir Arab Saudi mempunyai debu yang berbeza dari sebelumnya, iaitu diliputi salji pada minggu ini.

Beberapa kawasan di rantau utara Tabuk telah diselimuti salji apabila para penduduk berkongsi di media sosial bagi menunjukkan pengalaman baru yang jarang-jarang berlaku.

Sesetengah dari mereka mengambil peluang berkhemah dengan suhu beku, sementara yang lain mengambil peluang untuk mendapatkan foto kreatif bersama salji.

Sebelumnya, UAE telah mengalami hujan lebat yang menyebabkan kawasan Abu Dhabi, Dubai dan Sharjah telah mengalami banjir.

Pengkaji cuaca berkata berkemungkinan turunnya salji di kawasan pergunungan pada minggu ini.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments