Saturday, July 13, 2024
HomeBERITASKMM dan PDRM akan ambil tindakan lebih tegas terhadap penyebar berita palsu

SKMM dan PDRM akan ambil tindakan lebih tegas terhadap penyebar berita palsu

Penyebaran berita palsu masih berleluasa dan sehingga hari ini (18 April), pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka sebanyak 220 kertas siasatan.

Kertas siasatan yang dibuka berkaitan penyebaran berita palsu wabak COVID-19 yang kini sedang melanda seluruh dunia.

Daripada jumlah terbabit, kira-kira 152 kes masih dalam siasatan manakala 24 kes telah didakwa di mahkamah dan 13 kes lagi telah mengaku bersalah.

11 individu telah diberi notis amaran manakala 32 individu telah dibebaskan tanpa tindakan.

Dengan tindakan lebih tegas ini diharap orang awam tidak terlalu mudah menyebar sebarang info atau maklumat.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments