Saturday, July 27, 2024
HomeBERITASkim piramid: 7 dicekup, kenderaan mewah, wang hampir RM1 juta dirampas

Skim piramid: 7 dicekup, kenderaan mewah, wang hampir RM1 juta dirampas

KUALA LUMPUR, 25 Oktober – Tujuh individu termasuk seorang warga Taiwan disyaki terbabit aktiviti skim piramid, ditahan menerusi serbuan operasi bersepadu ‘Op Reward’ di sebuah pusat perdagangan di Jelutong, Pulau Pinang, Rabu lalu.

Menurut Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam, bertindak atas maklumat awam, pasukan serbuan turut menyerbu empat premis kediaman yang didiami suspek di sekitar Pulau Pinang dan Kedah.

“Selain itu, sembilan kenderaan mewah dan pelbagai beg tangan berjenama milik suspek turut disita, selain 38 akaun di tujuh bank dibekukan serta wang tunai keseluruhan berjumlah RM967,720.29 disita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi itu dijalankan Pasukan Tindakan Khas Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP dan disertai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Bank Negara (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Cyber Security Malaysia.

Azman berkata, syarikat terbabit disyaki aktif melakukan aktiviti itu di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Sarawak, selain dikesan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan lain.

Siasatan mengikut Subseksyen 4 (1) Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid (AJLSAP 1993) iaitu menjalankan perniagaan jualan langsung tanpa lesen dan Seksyen 27B Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid (AJLSAP 1993) iaitu mempromosikan atau menjalankan skim piramid.

Kesemua suspek turut disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, kerana disyaki melakukan aktiviti pengubahan wang haram.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments