Tuesday, July 23, 2024
HomeBERITASkim perlindungan keselamatan sosial untuk rakyat Malaysia bekerja di Singapura bakal diperkenal

Skim perlindungan keselamatan sosial untuk rakyat Malaysia bekerja di Singapura bakal diperkenal

Bagi melindungi kebajikan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, Kementerian Sumber Manusia berhasrat untuk memperkenalkan skim perlindungan keselamatan sosial.

Menurut menteri M. Kulasegaran,satu skim untuk melindungi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura bakal dilancarkan dan ianya dijangka siap pada April atau Mei tahun ini. Setakat ini pihak nya sedang menunggu hasil kajian dari pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Kajian untuk melindungi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura ini bertujuan untuk mendapatkan pro dan kontra skim itu, kebaikan dan risiko yang dihadapi mereka”, ujar beliau.

Tambah beliau lagi, mendapat gaji yang lumayan adalah salah satu faktor utama mengapa rakyat Malaysia lebih cenderung bekerja di negara berkenaan berbanding di tempat sendiri. Keputusan tersebut diperolehi setelah satu kajian dilakukan.

Namun ianya bukanlah satu perkara yang baharu untuk rakyat Malaysia kerana setelah dikaji, rakyat Malaysia dikatakan berada dan bekerja di seluruh pelosok dunia.

Seramai 45,923 Orang Bekerja Sendiri (OBS) direkodkan sudah mendaftar dan mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) sejak 1 Jun 2017 sehingga semalam. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments