Saturday, November 21, 2026
HomeBERITASiti Sarah Raissuddin selamat melahirkan bayi lelaki

Siti Sarah Raissuddin selamat melahirkan bayi lelaki

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang tadi.

Menurut suaminya, Shuib, isterinya Siti Sarah masih lagi belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan sejak pukul 2 petang tadi dan keadaannya dilaporkan agak kritikal.

Manakala bayinya pula diberi bantuan alat pernafasan kerana pra matang.

Terdahulu Siti Sarah dikejarkan ke hospital berikutan tahap oksigen yang semakin menurun dan ditidurkan semasa proses kelahiran bayinya.

Untuk rekod, Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai selepas pembantu rumah mereka positif.

Shuib menerusi platform media sosial Instagram peribadinya terus memohon pengikut agar sama-sama mendoakan kesembuhan Sarah dan bayi.

Manakala sejak pagi tadi, ruangan komen Instagram pelakon dan usahawan itu dihujani doa serta kata-kata semangat daripada pengikut termasuklah rakan artis.

Kami warga kerja The Malaya Post mendoakan agar Siti Sarah dan bayi segera sembuh dan dipermudahkan urusan.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments