Saturday, May 18, 2024
HomeBERITASistem latihan dan ujian memandu tanpa pegawai JPJ bermula Jun

Sistem latihan dan ujian memandu tanpa pegawai JPJ bermula Jun

Bermula Jun depan sistem latihan dan ujian memandu berkomputer (e-Testing) akan dilaksanakan di semua institut memandu seluruh negara.

Datuk Seri Shaharuddin Khalid selaku Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, dengan sistem itu anggotanya sebagai penguji tidak lagi perlu berada di sebelah calon ketika ujian lesen memandu dijalankan.

Sebaliknya, pegawai JPJ akan berada di bilik kawalan institut berkenaan untuk memantau dan memberi arahan kepada calon.

Menurutnya, pelaksanaan sistem automatik ini adalah untuk pengukuran prestasi calon terhadap sistem pengujian lesen memandu dan sekaligus bagi meningkatkan integriti jabatan. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments