Saturday, November 21, 2026
HomeBERITASinopharm, Jassen diluluskan sebagai vaksin Covid-19 di Malaysia

Sinopharm, Jassen diluluskan sebagai vaksin Covid-19 di Malaysia

Dua lagi produk vaksin Covid-19 mendapat kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana.

Ia membabitkan COVILO Suspension for Injection Covid-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated (Sinopharm) dan Janssen Covid-19 Vaccine Suspension for Injection.

Kelulusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali-361 yang bersidang hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kelulusan pendaftaran bersyarat itu memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Mengenai vaksin itu, Noor Hisham berkata, COVILO merupakan vaksin yang dibangunkan oleh China National Biotec Group Company Limited (CNBG), Sinopharm dan dikilangkan oleh Beijing Institute of Biological Products Co. Ltd. (BIBP), China.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments