Penyanyi yang sedang meningkat naik, Tuah Adzmi memuat naik entri di laman Instagramnya berkenaan perkembangan lagu terbarunya, Insan Yang Kucinta.
Menurut Tuah , dalam masa dua bulan lagunya yang telah memperolehi 4juta tontonan telah meningkat sehingga 6 juta tontonan di platform Youtube setakat ini.
Tuah turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada para peminat juga rakan media yang sentiasa mempromosikan lagu serta memberikan sokongan terhadapnya.
“Alhamdulillah “Insan Kau Cinta” dah mencecah 6 juta tontonan di youtube 😭 Terima kasih semua, inshaallah lagu terbaru akan keluar tak lama lagi ❤ @fmcmusic #insankaucinta #tuah #tuahadzmi #officialtuah”, tulis Tuah.
Tuah turut memberi “hint” akan mengeluarkan lagu terbaru nya tidak lama lagi dan telah mengesahkan perkara berkenaan kepada wartawan The Malaya Post.
– THE MALAYA POST
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply