Mula berkenalan melalui media sosial Twitter, Nick Jonas memulakan perbualan pertamanya dengan Priyanka Chopra pada 2016 tetapi masing-masing tidak pernah bertemu secara peribadi.
Tahun berganti, mereka bertemu secara tidak sengaja di sebuah parti pada 2017, sebulan kemudian mereka bertemu sekali lagi secara kebetulan di pameran fesyen tahunan ‘Met Gala’.
Selepas acara tersebut, mereka dilaporkan keluar bersama bahkan bintang Bollywood ini pernah menjemput Jonas ke kediamannya di mana Jonas bertemu dengan ibunya.
Pada 2018, hubungan mereka menjadi semakin rapat dan kelibat pasangan ini dilihat bersama di persembahan secara langsung “Beauty and the Beast” dan seterusnya di pertandingan baseball, Los Angelles Dodgers.
Pada ‘dating’ kali ketiga mereka, tanpa dijangka penyanyi Amerika, Jonas menelefon ibu Priyanka dan meminta izin untuk menikahi pelakon kelahiran India ini.
Sekitar dua bulan menjalinkan hubungan mereka akhirnya memutuskan untuk bertunang Ogos 2018 dalam upacara Punjabi Roka di Mumbai.
Meskipun hubungan itu terasa begitu cepat serta ramai yang mula mempersoalkan perbezaan usia di antara mereka tetapi pasangan ini memutuskan untuk mengabaikan komen tersebut.
Walaupun perbezaan usia 11 tahun tetapi bagi mereka usia dan perbezaan bangsa bukanlah satu penghalang untuk sesuatu hubungan.
Jonas, 27 dan Priyanka, 38 melangsungkan perkahwinan dalam upacara tradisional Hindu dan Kristian di Istana Umaid Bhawan, Jodhpur, India pada Disember 2018.
–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply