Friday, October 18, 2024
HomeBERITATerkini : Selepas Rihana Oksana, kini seorang lagi wanita misteri dikenali sebagai...

Terkini : Selepas Rihana Oksana, kini seorang lagi wanita misteri dikenali sebagai Diana dikaitkan dengan Sultan Kelantan

Nampak gayanya, episod perkahwinan dan perceraian DiRaja yang penuh kontroversi di antara Sultan Kelantan bersama bekas isteri, Rihana Oksana Gorbatenko, belum menemui titik noktah dan dilihat semakin panas diperkatakan dan kini khabar angin terbaru pula mula tular di laman media sosial.

Terkini, perkongsian pemilik akaun laman Facebook yang juga bergelar seorang peguam, Asiah Abd Jalil telah memuatnaik beberapa status berkaitan cerita peribadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Dalam perkongsian berkenaan, Asiah telah berkongsi beberapa foto baginda Sultan bersama seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Diana’ dan dipercayai wanita warga Chechnya.

Perkongsian itu mengejutkan banyak pihak berkenaan turut menyebut Sultan Kelantan sedang berusaha agar Diana melahirkan anak sebagai pewaris baginda.

Melihat kepada perkongsian terbaru itu, perkhabaran panas itu mula dihidu oleh netizen yang mula membanjiri di ruangan komen laman Facebook milik Asiah Abd Jalil.

Seperti yang dijangka, netizen telah memberi pelbagai reaksi dan telah menjalankan tugas siasatan masing-masing dengan bermacam versi cerita dan mula berspekulasi.

Diharap pihak Istana Kelantan dapat memberi pencerahan di atas khabar angin yang mula bertebaran di laman sesawang dan sedang hangat diperkatakan ramai.

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments