Thursday, May 23, 2024
HomeBERITAJENAYAHSetuju Anwar tidak perlu jalani ujian Poligraf - Peguambela Yusof Rawther

Setuju Anwar tidak perlu jalani ujian Poligraf – Peguambela Yusof Rawther

Peguambela Muhammed Yusoff Rawther, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berpendapat, dari segi undang-undang sememangnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertindak tepat dan betul di mana sebagai seorang yang disiasat, beliau tidak perlu jalani ujian poligraf untuk buktikan ketidakbersalahan aduan yang disiasat terhadap beliau.

“Di dalam perbicaraan jenayah, seseorang yang dituduh di mahkamah sekalipun berhak berdiam diri kerana pihak pendakwa yang bertanggungjawab membuktikan kes.

“Sehingga pihak pendakwa membuktikan kes, apabila pihak mahkamah memanggil pihak pembelaan, barulah pihak pembelaan bertanggungjawab jika mereka hendak untuk memberi keterangan di dalam kotak saksi memberi alasan-alasan membantu kepada pembelaan mereka jika mereka hendak lakukan.

“Jika tidak hendak pun orang tertuduh boleh mendiamkan diri atau memberi kenyataan tanpa mengangkat sumpah, katanya ketika sesi temubual bersama blogger Minaq Jinggo. 

Terdahulu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar  menegaskan tiada asas untuknya melakukan ujian poligraf dalam siasatan polis terhadap laporan salah laku cabul diluar tabii dibuat bekas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther

Mengulas lanjut Tuan Haniff berkata, di mahkamah pun tidak terbeban untuk pihak pembelaan menampilkan bukti ketidakbersalahan apatah lagi diperingkat siasatan.

“Saya setuju apa yang dinyatakan oleh Dato’ Seri Anwar jika bercakap dari segi perundangan.

“Jika kita dengar komen-komen seperti, kalau dia tidak bersalah kenapa dia tidak mahu jalani ujian poligraf? Itu adalah kenyataan politik dan sebagai peguam saya tidak mahu mencampuri komen-komen politik,” tambahnya.

Bercakap persoalan ramai kenapa Yusoff Rawther menjalani ujian poligraf, beliau menjelaskan ia adalah kerana Yusoff Rawther adalah pengadu di dalam kes ini.

“Beliau yang mengadu tentang kebersalahan terhadap dirinya ataupun kesalahan yang dilakukan ke atas dirinya.

“Jadi dari sudut undang-undangnya beliau perlu tampilkan apa yang ada dari segi undang-undang untuk mneyakinkan pihak siasatan tentang aduan serta untuk membantu pihak siasatan menyelesaikan siasatan”, katanya.

Yang pasti ujar Tuan Haniff, memang jelas ada perbezaan ketara dalam kes di peringkat ini iaitu pengadu perlu menampilkan segala benda intipati-intipati untuk menjadikan aduan itu seperti jenayah manakala suspek adalah sebaliknya.

“Bagaimana rakyat ingin membuat interprestasi dari segi politik, dari sudut sosiologi itu adalah terserah kepada rakyat, saya cuma memberi komen dari sudut perundangan,” katanya.

Untuk rekod, bekas penyelidik PKR, Muhammed Yusoff Rawther telah menjalani ujian poligraf di Bukit Aman bagi membantu siasatan kes dakwaan perlakuan tidak senonoh Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim terhadapnya pada 17 Disember yang lalu.

Peguam tersohor yang mewakili  Yusoff Rawther, Tuan Haniff Khatri menyatakan amat berpuas hati dengan kelancaran ujian itu yang dikendalikan oleh tiga pakar. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments