Setiausaha Akhbar Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya, Tajuddin Mohd Kassim meninggal dunia siang tadi selepas mengalami pendarahan di bahagian otak ekoran darah tinggi.
Menurut Datuk Marzuki dalam satu kenyataannya di facebook, Allahyarham berusia 46 tahun menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.06 petang di Hospital Bukit Mertajam.
Al-FatihahSahabat saya, saudara Tajuddin Mohamed Kassim telah kembali kerahmatullah pada jam 7.06pm tadi di Hospital…
Dikirim oleh Marzuki Yahya pada Jumat, 14 Februari 2020
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan berusia 15 tahun.
Untuk rekod, Allahyarham Tajuddin pernah berkhidmat sebagai wartawan di New Straits Times dan The Sun sebelum menyertai Rapid Penang.
Saya melawat saudara Tajudin Mohamed Kassim, Pegawai Media saya di Pulau Pinang. Beliau bukan hanya sekadar pegawai…
Dikirim oleh Marzuki Yahya pada Rabu, 12 Februari 2020
Pada 12 Februari lalu, Allahyarham dikejarkan ke hospital selepas jatuh dan tidak sedarkan diri ketika sarapan pagi di sebuah restoran Nasi Kandar di Bukit Mertajam.
Allahyarham berada dalam koma sehingga kematiannya hari ini.
Datuk Marzuki berkata Allahyarham mengalami serangan jantung ketika bersarapan pagi pada hari tersebut.
Kami di The Malaya Post mendoakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Salam takziah buat keluarga Allahyarham.
Al Fatihah. –THE MALAYA POST
*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
Leave a Reply