Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITASetiausaha Agung BERSATU dilucut jawatan serta-merta

Setiausaha Agung BERSATU dilucut jawatan serta-merta

Dato’ Marzuki Yahya dilucutkan jawatan Setiausaha Agong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Pelucutan jawatan itu dikeluarkan oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuatkuasa serta-merta.

“Selaras dengan Fasal 13.9 Perlembagaan BERSATU, saya dengan ini memberhentikan saudara daripada jawatan Setiausaha Agong BERSATU berkuatkuasa serta merta.

“Saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas segala sumbangan dan khidmat bakti saudara sepanjang saudara memegang jawatan berkenaan,” kata Tan Sri Muhyiddin dalam satu surat rasmi berkenaan pemecatan itu.

Dalam pada itu, Datuk Marzuki Yahya berkata, beliau menerima surat pemecatannya sebagai Setiausaha Agong pada rabu lalu. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments