Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITASerah laporan kajian jika benar, ganja boleh diguna dalam perubatan - Ketua...

Serah laporan kajian jika benar, ganja boleh diguna dalam perubatan – Ketua Pengarah AADK

“Isu ini masih terus dibangkitkan walaupun telah dijelaskan beberapa kali.

Saya ingin tegaskan sebelum sesuatu bahan boleh diterima sebagai produk perubatan, ia akan melalui proses ujian yang komprehensif kerana membabitkan keselamatan pengguna dan tiada kerajaan yang bertanggungjawab akan mengambil mudah terhadap perkara ini”, tulisnya di facebook.

Demikian kata orang nombor satu Agensi Antidadah Kebangsaan, Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

Sehubungan itu katanya, mana-mana pihak yang berjaya membuktikan faedah penggunaan ganja dalam perubatan diminta untuk serahkan laporan kajian serta penyelidikan mereka kepada Kementerian Kesihatan untuk dinilai.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, keputusan negara sekarang ini adalah jelas bahawa ganja tidak boleh digunakan dalam perubatan di negara ini.

Sehingga ini tidak ada lagi kajian saintifik yang diterima pihak kesihatan, yang menunjukkan bahawa ganja boleh dijadikan ubat dalam perubatan.

“Undang-undang sedia ada terpakai, setakat ini belum ada keputusan yang membenarkan ganja sebagai bahan perubatan.

“Kalau ada faedah dan kajian yang menunjukkan ada dalam perubatan, perlu serahkan kepada Kementerian Kesihatan. Mana-mana pihak tertentu perlu bawa laporan mereka ke Kementerian Kesihatan untuk mereka tentukan sebelum menerima sesuatu produk dalam perubatan,” katanya.

Ujarnya, pihak kementerian yang akan menentukan sesuatu produk itu termasuk penggunaan ganja dalam perubatan, namun sehingga kini belum ada lagi.

Terdahulu, sekumpulan aktivis memohon keprihatinan kerajaan mengeluarkan kanabis atau ganja daripada senarai Jadual 1 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 bagi membolehkan kajian saintifik dilakukan untuk membuktikan tumbuhan itu selamat digunakan dalam lapangan perubatan.

Di Malaysia, ganja disenaraikan di bawah Jadual 1 dalam akta tersebut dan ia melarang seseorang mengimport, menanam, memiliki, memindah atau menggunakan bahan berkenaan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments