Thursday, June 20, 2024
HomeBERITASepang, Selangor dan Kota Samarahan, Sarawak dua daerah terbaharu zon merah

Sepang, Selangor dan Kota Samarahan, Sarawak dua daerah terbaharu zon merah

Dua lagi kawasan dikategorikan sebagai zon merah COVID-19, ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 23 lokasi setakat ini.

Menurut laporan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC),
lokasi terbaharu itu membabitkan daerah Sepang, Selangor dengan 46 kes serta Kota Samarahan, Sarawak dengan 42 kes setakat 12 tengah hari kelmarin (8 April).

Daerah lain yang turut dikategorikan sebagai zon merah adalah Cheras, Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa (Kuala Lumpur), Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Klang (Selangor), Batu Pahat, Johor Bahru dan Kluang (Johor) serta Seremban dan Rembau (Negeri Sembilan), Wilayah Persekutuan Putrajaya, Hilir Perak dan Kinta (Perak), Jasin (Melaka), Kota Bahru (Kelantan), Jerantut (Pahang), Tawau (Sabah) dan Kuching (Sarawak).

Lembah Pantai mencatat kawasan tertinggi positif COVID-19 iaitu sebanyak 412 kes, manakala Hulu Langat dan Petaling masing-masing mencatat 345 dan 306 kes.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156912052331237&id=373560576236?sfnsn=mo&extid=TzNeTe0ZOCTyfUmO

Zon merah dikategorikan bagi jumlah melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau bebas COVID-19.

Selangor masih mencatat bilangan kes paling tinggi positif iaitu sebanyak 1,078, manakala Wilayah Persekutuan Labuan kekal merekodkan kes terendah dengan 13 kes.

#COVID19Malaysia Bilangan pertambahan kes baharu mengikut negeri yang terkini sehingga 12pm, 8 April. Tiada…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Rabu, 08 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments