Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) memohon pihak kerajaan untuk menetapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mereka yang bekerja industri berkenaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 berkuatkuasa.
Dalam satu kenyataan media yang juga mewakili mewakili 7,000 ahli yang berkerja dalam industri kreatif yang dikongsi melalui laman Instagram, persatuan terbabit akur dan sentiasa patuh dengan arahan sepanjang tempoh PKP namun turut mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga dan hutang yang perlu dijelaskan.

“Seniman akur dan sentiasa patuh dengan arahan pihak Kerajaan sepanjang tempoh PKP ini namun warga kerja Industri Kreatif di Malaysia ini kebanyakkannya berkerja secara “freelance” atau “job basis”, apabila dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan kami tidak lagi dibenarkan menjalankan penggambaran dan tiada pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup, kami juga mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak kami serta hutang yang perlu dijelaskan.

“Seniman memohon agar pihak Kerajaan dapat mengeluarkan garis panduan atau SOP kepada kami untuk kami meneruskan penggambaran demi kelangsungan hidup dalam tempoh yang amat mencabar ini, pihak penerbit juga terikat dengan kontrak bersama dengan stesen televisyen yang mempunyai dateline untuk menyiapkan sesebuah karya.
“Seniman sangat bimbang dan risau dengan ahli-ahli kami yang semakin terhimpit akibat wabak COVID-19 disebabkan tiada tawaran kerja yang menyebabkan keadaan kehidupan mereka semakin tertekan,” ujar kenyataan terbabit.
Persatuan percaya industri kreatif juga adalah sektor yang penting di Malaysia seperti mana yang umum ketahui sektor pengilangan dan pembinaan adalah penyumbang terbesar kepada kes harian COVID-19 di Malaysia.
“Seniman percaya Industri Kreatif juga adalah sektor yang penting di Malaysia, seperti mana yang umum ketahui sektor pengilangan dan pembinaan adalah penyumbang terbesar kepada kes harian COVID-19 di Malaysia setiap hari dan mereka masih dibenarkan untuk terus beroperasi, jika sektor ini dibenarkan beroperasi mengapa Industri Kreatif tidak dibenarkan beroperasi, kami sedia mematuhi segala garis panduan dan SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan,” kata persatuan berkenaan.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply