Rihana Oksana Gorbatenko, 27 tahun, sekali lagi menggemparkan Laman media sosial apabila memuat naik status dan gambarnya bersama bekas suami, Sultan Muhammad V.
“Sebelum ini saya tidak bersedia untuk menceritakan semunya, jika saya memberitahu kisah sebenar, saya akan merasa lega.
Tetapi saya tidak mahu menyakiti sesiapa pun, ia pasti akan menyakitkan sekali” tulis Oksana di Instagramnya.
Perkongsian terbabit menimbulkan pertanyaan netizen dan ramai yang mempersoalkan tindakan Rihana yang hanya ingin mencari publisiti dan menarik perhatian ramai. Namun ada juga komen-komen yang bersimpati dengan luahan berkenaan.
Sebelum ini platform media sosial hangat memperkatakan tentang perkahwinan antara Ratu Cantik Moscow 2015, Rihana Oksana Gorbatenko dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V apabila jurugambar Rusia, Maxkoliberdin memuat naik gambar-gambar majlis perkahwinan Di Raja berkenaan.
Beberapa bulan selepas itu, timbul pula spekulasi baru apabila media Moscow melaporkan perkahwinan Rihana bergolak 24 Januari lalu.
Perkahwinan Di Raja yang menarik perhatian rakyat Malaysia, kembali hangat diperkatakan apabila portal berita melaporkan, Mahkamah Syariah telah meluluskan perceraian talak tiga dan sekeping sijil perceraian yang tertera nama Rihana Oksana Gorbatenko mula menjadi viral.
Dalam pada itu beberapa pihak telah mempertikaikan perceraian berkenaan berikutan laman Instagram yang dipercayai milik Rihana sering memuat naik status mengenai kehidupannya bersama suami.
Perkongsian terbabit menimbulkan pertanyaan netizen dan ramai yang mempersoalkan tindakan Rihana yang hanya ingin mencari publisiti dan menarik perhatian ramai. Namun ada juga komen-komen yang bersimpati dengan luahan berkenaan.
Leave a Reply