Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITASemua aktiviti keagamaan termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah ditangguhkan selama 10...

Semua aktiviti keagamaan termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah ditangguhkan selama 10 hari

Berikutan jangkitan Pandemik COVID-19 yang semakin meruncing, Menteri Hal Ehwal Agama hari ini mengumumkan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk solat Jumaat serta solat berjemaah ditangguhkan bermula 17 sehingga 26 Mac depan.

Memetik kenyataan media, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata setelah mendapat titah perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Beliau menambah, berdasarkan taklimat yang disampaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 15 Mac di Hotel Pulse Grande, Putrajaya.

“Jawatankuasa masjid dan surau disarankan untuk membuat operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah keselamatan mengelakkan jangkitan.

“Tempoh sepuluh (10) hari berkenaan adalah tertakluk kepada nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sekiranya berlaku kematian akibat COVID-19, pengurusan jenazah hendaklah dilaksanakan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-107 yang bersidang pada 10-11 Februari 2015 mengenai hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Disease: EVD) di Malaysia,” ujar beliau.

Menurut beliau kelonggaran diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah.

“Jenazah boleh diuruskan melalui prosedur tayammum di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut.

“Bagi pelaksanaan perihal berkenaan, Muzakarah menyerahkan kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di setiap negeri.

“Dengan titah perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, pelaksanaan perihal terbabit juga adalah terpakai di Wilayah-Wilayah Persekutuan, tambahnya.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments