Saturday, November 21, 2026
HomeBERITASemua ahli Parlimen Bersatu berdiri teguh bersama Muhyiddin, komited agenda bela rakyat

Semua ahli Parlimen Bersatu berdiri teguh bersama Muhyiddin, komited agenda bela rakyat

Semua ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berdiri teguh dan menzahirkan sokongan penuh tanpa berbelah bagi kepada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus memimpin kerajaan.

Menurut Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, parti itu turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli Parlimen daripada Parti Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), PBS dan empat Ahli Parlimen Bebas yang menzahirkan sokongan berterusan kepada Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Pada masa sama, kata beliau, Bersatu menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong yang menyeru agar semua ahli Parlimen memberikan keutamaan kepada usaha menjaga kesejahteraan rakyat serta agenda memerangi Covid-19 pada Sidang
Khas Parlimen yang sedang berlangsung kini.

“Bersatu akan terus fokus dan komited meneruskan agenda membela rakyat dan memulihkan ekonomi negara, ” katanya dalam kenyataan malam tadi. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments