Thursday, July 18, 2024
HomeBERITASembilan kes Influenza di Terengganu, orang awam dinasihatkan jaga kebersihan diri

Sembilan kes Influenza di Terengganu, orang awam dinasihatkan jaga kebersihan diri

Kira-Kira sembilan kes jangkitan virus influenza telah direkodkan di Terengganu, melibatkan pesakit berumur dalam lingkungan tiga tahun sehingga 38 tahun.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) Dr Noor Azimi Yunus berkata, kes tersebut membabitkan dua keluarga yang berbeza yang direkodkan pada 5 dan 7 Januari lalu.

Beliau bagaimanapun berkata, semua pesakit hanya dirawat di klinik swasta.

Tambahnya, daripada sembilan kes yang telah direkodkan, antaranya lima kes yang positif influenza A dan tiga kes positif influenza B.

Menurutnya, pihak JKNT dengan kerjasama Pejabat Daerah Setiu akan terus memantau keadaan dimana setakat ini kesemua kes adalah stabil dan terkawal.

Malah orang awam juga dinasihatkan supaya menjaga kebersihan diri dengan kerap, disamping itu mencuci tangan dan patuh kepada etika batuk dan bersin.

Orang awam juga dinasihatkan untuk segera ke hospital atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan jika terdapat sebarang simptom berkenaan gejala ini.

Manakala bagi golongan yang berisiko mendapat penyakit tersebut juga dinasihatkan untuk mendapatkan vaksin Influenza di klinik swasta atau klinik klinik berdekatan yang mempunyai vaksin itu. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments