Sunday, June 16, 2024
HomeBERITASelamat kembali ke sekolah, jangan lupa patuh SOP

Selamat kembali ke sekolah, jangan lupa patuh SOP

Setelah hampir tiga bulan sekolah diarahkan tutup rentetan penularan wabak pandemik COVID-19 yang memerlukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disusuli dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan, kini sesi persekolahan melibatkan pelajar tingkatan lima dan enam yang mengambil peperiksaan awam bermula hari ini.

Perasaan gembira berbaur khuatir sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran para pelajar, guru-guru dan ibu bapa secara khususnya.

Namun dengan kes baharu COVID-19 yang dilaporkan semakin terkawal, permulaan sesi persekolahan diyakini berjalan lancar dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat seperti ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dengan persiapan rapi yang dilaksanakan oleh pihak sekolah serta pematuhan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah, pembukaan sektor pendidikan dilihat penting terutamanya bagi pelajar tingkatan lima dan enam.

Para pelajar perlu menyambung kembali sesi pembelajaran memandangkan kesemua pelajar ini akan menduduki peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara yang ditunda ke suku tahun pertama 2021.

COVID19 : SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAHJangan lupa patuh SOPKementerian Pendidikan Malaysia KEMENTERIAN KESIHATAN…

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Tuesday, 23 June 2020

Atas faktor ini juga, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berpendirian tidak akan menangguhkan pembukaan sekolah, tabika serta tadika kerajaan dan swasta yang dijadual bermula 1 Julai ini.

Antara SOP pembukaan semula sekolah adalah pemeriksaan suhu setiap hari bagi para pelajar, guru-guru dan individu lain yang mempunyai urusan dengan pihak sekola.

Mereka yang bersuhu badan melebihi 37.5 darjah celcius atau bergejala tidak akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah dan aktiviti di luar bilik darjah seperti sukan dan kokurikulum secara bersemuka tidak dilaksanakan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menerusi tinjauan yang dilakukan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin semalam, beliau berpuas hati dengan persiapan dan kesiapsiagaan yang dilakukan oleh pihak sekolah.

KPM akan menganalisis situasi permulaan pembelajaran bagi tingkatan enam atas dan tingkatan lima dan berbincang semula dengan KKM serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum memutuskan tarikh persekolahan para pelajar.

Selamat kembali ke sekolah dan jangan lupa patuhi SOP.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments