Jika sebelum ini pinggan mangkuk berhiasan menjadi perhatian para wanita, kini golongan suri rumah beralih minat pinggan mangkuk jenis ‘enamelware’ atau lebih dikenali sebagai ‘ayan’.
Rekaan vintage pada pinggan mangkuk ayan kembali menjadi perhatian masyarakat tanpa menyedari kesan dan bahayanya kepada kesihatan.
Perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di laman Facebook, pinggan mangkuk ayan dihasilkan daripada asas keluli, besi atau aluminium yang disalulti dengan porselin pada tahap suhu tertentu.

Masalah boleh terjadi jika produk ini dihasilkan pengeluar yang tidak diketahui kerana pencemaran logam berat seperti plumbum, kadmium dan uranium boleh berlaku.
Bahan kimia merbahaya ini biasa digunakan untuk memberi warna menarik pada permukaan pinggan atau mangkuk.
Laman kesihatan ini turut menyatakan kesan daripada pencemaran bahan kimia ini akan memberi risiko dan masalah kepada perkembangan otak anak-anak.
Dalam jangka masa panjang, kerosakkan organ boleh berlaku seperti buah pinggang, hati, tulang dan kanser.
Justeru, elakkan daripada menggunakan pinggan atau mangkuk ini sebagai peralatan masakan.
Tidak menjadi masalah jika ia digunakan sebagai hiasan semata atau mendapatkan ia daripada produk berjenama yang telah ditentukan melalui proses pemeriksaan kualiti yang ketat.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply