Tuesday, July 9, 2024
HomeBERITASelamat Hari Kesihatan Sedunia!

Selamat Hari Kesihatan Sedunia!

Dato’ Seri Dr Adham Baba selaku Menteri Kesihatan Malaysia dalam satu perkongsian di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan Selamat Hari Kesihatan Sedunia.

Beliau yang menzahirkan penghargaan kepada semua petugas di fasiliti kesihatan sektor kerajaan dan swasta yang berperanan dalam mengurus dan membendung wabak pandemik COVID-19.

Selamat Menyambut Hari Kesihatan Sedunia 2020.Warga KKM yang bertugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini, terima…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Senin, 06 April 2020

Beliau turut mengingatkan semua petugas kesihatan agar menjaga kesihatan diri kerana sebagai petugas di barisan hadapan, adalah penting untuk memastikan kesihatan mental dan fizikal petugas terjaga dan tidak terabai semasa berkhidmat demi kesejahteraan dan kesihatan rakyat Malaysia.

Selamat Hari Kesihatan Sedunia 2020.Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas-petugas di fasiliti kesihatan…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Senin, 06 April 2020

“Hakikatnya kita sedar bahawa wabak COVID-19 ini benar benar menguji sistem perkhidmatan dan kesihatan kita,” ujar beliau.

Tambah beliau lagi tanpa kerjasama dari para petugas kesihatan serta semua petugas barisan hadapan, mereka tidak akan berjaya memerangi wabak berkenaan.

Tugas tersebut jelas bukan sesuatu yang mudah kerana negara perlukan mereka semua bersama-sama memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.

Selamat Hari Kesihatan Sedunia, #strongertogether #kitamestimenang!

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments