Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan pembukaan semula sekolah dua peringkat.
Menteri Kanan Pendidikan, Dato’ Dr Radzi Jidin berkata, sekolah kebangsaan akan dibuka pada 1 Mac depan membabitkan pelajar sekolah rendah darjah satu dan dua.
“Bagi murid-murid lain iaitu darjah 3 hingga 6 akan mula hadir ke sekolah 8 Mac depan,” katanya dalam sidang media maya, hari ini.
Pelajar menengah pula, KPM mengambil pendekatan untuk membuka semula sekolah menengah pada 4 April depan mengikut negeri masing-masing.
Negeri-negeri itu adalah Johor, Kelantan, dan Kedah.
Bagi negeri-negeri lain pula semua sekolah menengah akan dibuka pada 5 April depan.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply