Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan pembukaan semula sekolah untuk pelajar yang akan mengambil peperiksaan awam bermula pada 24 Jun 2020.
Menerusi pengumuman Menteri Kanan Pendidikan, YB Senator Dr. Mohd Radzi Md. Jidin berkata ia melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara.
Beberapa Standard Operating Procedure (SOP) akan dikuatkuasakan antaranya waktu rehat pelajar akan disusun secara berperingkat, makanan dan minuman pula perlu dibungkus dan makan di dalam kelas sahaja dengan pengawasan guru.
Pembukaan sekolah bagi pelajar yang tidak mengambil peperiksaan awam akan dimaklum dari semasa ke semasa.
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
Sidang Media Khas YB Senator Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan. (10 Jun 2020)
Posted by Jabatan Perdana Menteri on Wednesday, 10 June 2020

Leave a Reply