Sunday, June 16, 2024
HomeBERITASekolah dibuka semula mulai 15 Julai

Sekolah dibuka semula mulai 15 Julai

Pembukaan semula sekolah menengah yang melibatkan pelajar tingkatan satu hingga tingkatan empat serta murid Kelas Peralihan dijadualkan akan bermula pada hari 15 Julai ini.

Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin dalam sidang media sebentar tadi juga mengumumkan murid sekolah rendah bagi tahun lima dan enam akan mula bersekolah pada tarikh yang sama (15 Julai).

Manakala pembukaan sekolah rendah bagi murid tahun satu hingga empat akan kembali ke sekolah pada 22 Julai.

“Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 yang memohon bagi kemasukan tingkatan enam Semester satu tahun 2020 boleh membuat semakan keputusan di portal Kamenterian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai hari ini.

“Pendaftaran bagi kemasukan murid ke tingkatan enam Semester satu 2020 akan bermula Rabu hadapan (15 Julai).

“Selain itu, pusat tuisyen, pusat bahasa, pusat perkembangan dan sebagainya yang berdaftar dengan KPM boleh dibuka semula pada 15 Julai depan,” ujar beliau.

Menurutnya tarikh pembukaan semula sekolah adalah terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

Bahkan bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM juga disarankan untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan.

Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin 1 Julai 2020

Posted by Kementerian Pendidikan Malaysia on Wednesday, 1 July 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments