Saturday, May 25, 2024
HomeBERITASejuta vaksin akan mula diagih dan disuntik bermula bulan depan

Sejuta vaksin akan mula diagih dan disuntik bermula bulan depan

Kira-kira satu juta rakyat negara ini akan menerima manfaat vaksin COVID-19 apabila fasa pertama akan mula diagih dan disuntik bermula bulan depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Bahagian Tenggara 2020 di Bandar Tenggara, Kota Tinggi hari ini.

“Vaksin COVID-19 bagi fasa pertama berkenaan akan diberikan kepada barisan hadapan negara dahulu.

“Ia diikuti golongan rentan iaitu mereka yang mudah mendapat penyakit dan pesakit kronik seperti masalah buah pinggang, sakit jantung, paru-paru dan diabetes.

“Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19 negara akan bermula bulan depan dengan sejuta vaksin dari Pfizer-BioTecNTech akan diagih dan disuntik bagi fasa pertama dan kemudian diikuti fasa seterusnya sebanyak 6.2 juta vaksin pada April dan Mei,” ujar beliau.

Menurutnya, kerajaan akan beri vaksin secara percuma kepada semua rakyat untuk sasaran 80 peratus penduduk atau bersamaan 26 juta individu.

Untuk rekod, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis lalu, memberi jaminan kerajaan akan memastikan bekalan vaksin yang berkesan, selamat dan mencukupi bagi sekurang-kurangnya 80 peratus warga tempatan.

Perdana Menteri turut dilaporkan berkata, vaksin terbabit juga akan diberi secara percuma kepada rakyat melalui tiga fasa imunisasi yang akan dikenalikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau turut memberitahu, Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19 yang akan bermula bulan depan dijangka akan membantu negara untuk pulih seterusnya memutuskan rantaian wabak pandemik berkenaan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments