Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA'Segerakan pembinaan loji rawatan, bekalan air KRC untuk kemudahan pelabur' - Mahdzir...

‘Segerakan pembinaan loji rawatan, bekalan air KRC untuk kemudahan pelabur’ – Mahdzir Khalid

PADANG TERAP, 2 Okt – Kerajaan Negeri Kedah digesa menyegerakan pembinaan loji rawatan dan bekalan air di tapak projek Kedah Rubber City di Padang Terap.

Tegas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pembinaan loji rawatan dan bekalan air itu amat penting untuk membolehkan syarikat yang melabur di kawasan itu dapat beroperasi sepenuhnya secepat mungkin.

“Ada syarikat yang telahpun least tanah untuk tujuan industri. Tapi saya berharap bahawa kerajaan negeri dapat mempercepatkan proses loji rawatan air kerana saya takut nanti syarikat nak masuk tapi loji rawatan air belum siap. Jadi kalau air tak ada, dalam industri getah ni perlukan bekalan air yang banyak”, katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaya Post.

Datuk Seri Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, selain bekalan air, projek pembangunan Kedah Rubber City juga memerlukan bekalan elektrik yang lebih tinggi.

“Untuk Padang Terap ni tak cukup bekalan elektrik sebab sekarang yang digunakan untuk seluruh Padang Terap ni 33 kb dan kita perlukan 132 kb dan 132 kb ni kena datang daripada Tanjung Pauh, Jitra, lebih kurang 41 kilometer”, katanya.

Beliau yang sebelum itu meninjau tapak pembinaannya turut menggesa kerajaan negeri untuk menyegerakan proses pengambilan tanah bagi membolehkan projek itu dapat dilaksanakan dengan lancar.

Ketika ini menurutnya, Kedah Rubber City telah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM2 bilion daripada dua buah syarikat hiliran produk berasaskan getah.

Kerja-kerja tapak sedang giat dijalankan oleh Northern Corridor Economic Region, (NCER).

Setakat ini, projek itu sedang dalam Fasa 1 dengan lebih 24 hektar tanah sudah siap disediakan infrastruktur dan platform pembangunan fizikal, katanya.

Terdahulu beliau hadir di majlis penyerahan bas tambahan MARA Liner di Kuala Nerang, Kedah hari ini.– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments