Jika semalam hangat dengan berita penyanyi rap Caprice perli Ustaz Ebit Lew.
Kekusutan itu disedari apabila Caprice telah memuatnaik mendedahkan dirinya disekat pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew di laman Instagram, semalam.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 32, menerusi platform Instagram Stories mempersoalkan tingkah laku Ebit ketika misi kemanusiaan di Gaza, Palestin baru-baru ini.

“Budak miskin yang sama, terima mainan yang sama tetapi diminta bergaya untuk kamera dua kali. Orang Gaza soal kenapa nampak macam sesi foto”, tulis Caprice.
Di sebalik semua itu, pemerhatian kami terarah kepada “screenshot” perbualan melalui aplikasi Whatsapp antara Caprice dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang menimbulkan tanda tanya.
Berikut adalah mesej yang dimaksudkan.
“….not in Power like when he went last. Give Azeez a reality check” – Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein
“Ebit Lew i allowed in only after Egypt security forces assured me of his safety. Even if he pais i didn’t allow him in until i got assurance from Egyptian authorities on safety” – Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein

Media melaporkan Caprice berangkat ke Mesir bagi menjayakan Misi Kemanusiaan Untuk Palestin (HM4P), hasil gabungan 16 anggota diketuai Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.



Persoalan kini, apakah punca ketidakpuasan hati Caprice?

Untuk rekod rombongan Ustad Ebit Lew telah berjaya memasuki Gaza atas bantuan Datuk Seri Hishamuddin dan Wisma Putra.

Manakala permohonan kemasukan rombongan Datuk Seri Azeez bersama Caprice juga mendapat perhatian Datuk Seri Hishamuddin.

Lapor media, Wisma Putra telah menghubungi Mesir untuk tujuan itu, bagaimana rombongan berkenaan masih ternanti-nanti kelulusan untuk masuk ke Gaza.
Setakat ini difahamkan rombongan HM4P masih di Kaherah.

Semoga sebarang kekusutan dapat dileraikan.
Untuk rekod, Penduduk Gaza sengsara kerana dikepung rejim Zionis selepas pentadbirannya dikuasai Hamas, yang enggan berkompromi dengan tuntutan mewujudkan negara Palestin yang berdaulat.

Atas prinsip itu Israel dari masa ke masa melancarkan operasi bagi menghapuskan ancaman kerana ia mengancam kependudukannya di tanah Arab yang dikuasai. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply