Saturday, May 25, 2024
HomeBERITASCAM: Pegawai bank berputih mata rugi RM243,000 ditipu scammer

SCAM: Pegawai bank berputih mata rugi RM243,000 ditipu scammer

Seorang pegawai bank berputih mata apabila kerugian RM243,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket pinjaman tidak wujud.

Menurut timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Superintendan Mohamad Musa Marsidi berkata, lelaki berusia 54 tahun itu berurusan untuk membuat pinjaman sebanyak RM80,000 dengan mengisi borang di laman sesawang.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dihubungi pekerja syarikat pinjaman wang dan diminta untuk membuat beberapa transaksi sebagai bayaran proses pinjaman.

“Sejak 28 Februari lalu hingga Mac lalu, mangsa ada membuat bayaran sebanyak RM243,000 secara berperingkat ke sembilan akaun bank yang diberikan.

“Selepas mula berasa curiga dan tertipu, mangsa kemudiannya membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam pada itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah percaya iklan promosi pinjaman wang dengan kadar faedah yang rendah dan proses permohonan yang pantas tanpa syarat ketat.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments