Saturday, May 25, 2024
HomeBERITA“Saya juga ingin bahagia” - Aliff Syukri

“Saya juga ingin bahagia” – Aliff Syukri

Jutawan kosmetik D’herbs, Dato’ Seri Aliff Syukri yang sering dikecam, baru-baru ini nampaknya tidak mengambil pusing segala tohmahan yang diterima malahan tetap meneruskan hidupnya dan telah menerbit lagu terbarunya semalam.

Aliff Syukri memuat naikpun video pendek di laman Instagramnya yang memaparkan dirinya menyanyikan lagu terbarunya.

Namun entri yang ditulis seolah-olah cuba menyampaikan sesuatu yang berlaku dalam hidupnya.

“Saya ingin bahagia. Kenapa benda yang kita mahukan di dalam dunia ini, tidak semua benda kita akan dapat” tulisnya.

Namun beberapa jam setelah memuatnaik entri berkenaan sekali lagi Aliff Syukri berkongsi entri dan memberitahu keluhannya telah mendapat perhatian dari pelawak yang pernah dikaitkan dengan dirinya, Ali Puteh.

“baik rupanya org ya.. dah beberapa kali sy berbual dgn ali… terima kasih ali putih.. sungguh berguna nasihat awak.. kerana “cuba bahagia” kan saya..” tulisnya lagi

Namun terdapat satu komen yang ditinggalkan oleh salah seorang pengikutnya di laman media sosial dan mendapat sokongan serta dipersetujui oleh Bonda Rozita.

Menurut Bonda, komen yang diberikan oleh wanita berkenaan adalah nasihat yang luhur murni malahan pengikut yang lain juga bersetuju dengan komen serta nasihat yang diberikan.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments